Uber merupakan aplikasi perkongsian kereta yang berasaskan Android dan IOS. Dengan Uber penumpang/rider boleh menempah untuk menaiki kereta dengan pemandu melalui tempahan di App Uber dan urus niaga dilakukan secara online dan pembayaran adalah tanpa tunai.
Uber sebenarnya lebih kepada “car pool” sistem dan bukannya sistem pengangkutan awam. Uber tidak mengamalkan pembayaran secara tunai dan tiada pemindahan wang dari tangan ke tangan mahupun tip. Adalah disyorkan pemandu Uber mempunyai sekurang-kurangnya TouchNGo atau SmartTag untuk kemudahan ketika memandu dan membawa penumpang/rider.
Uber kini boleh didapati di bandar-bandar seperti Ampang, Seri Kembangan dan KLCC. Permintaan paling tinggi Uber adalah di kawasan yang mempunyai golongan ekspatriat / korporat yang tinggi seperti Mont Kiara dan Bangsar. Uber baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatannya di bandar-bandar utama seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu. Anda boleh semak di laman web Uber utk lihat kawasan coverage mereka.

+UPDATE
Uber kini tersedia di Sungai Buloh, Setiawangsa, Ampang, Nilai, Putrajaya dan Seri Kembangan.
Uber menawarkan beberapa jenis kategori perkhidmatan. Antaranya ialah UberX, UberXL dan UberBlack. Kos perjalanan yang dibayar berbeza mengikut kategori yang dipilih. Anda boleh memilih kategori pililan anda an ianya tertakluk kepada jenis kenderaan anda. Jenis-jenis perkhidmatan ditawarkan boleh dilihat dibawah.
UberX
Cara paling murah dan bajet untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Biasanya kereta dalam kategori UberX mempunyai 4 tempat duduk seperti Proton Saga, Toyota Vios atau MyVi. Kancil tak boleh ye! :p
Kategori UberXL terdiri atau 5 pintu atau 7 duduk. Biasanya kereta jenis MPV seperti Toyota Innova, Nissan Grand Livina dan Proton Exora berada dalam kategori ini
UberBlack
Perkhidmatan Uber paling premium. Antara kereta yang berada dibawah kategori ini ialah MPV mewah. Kereta seperti Toyota Camry, Honda Accord, CR-V dan Toyota Vellfire layak berada dalam kategori ini.
Anda boleh memilih untuk memandu sepenuh masa atau separuh masa. Pandu bila-bila masa anda suka dan 100% fleksibel!
Ada pemandu Uber yang berjaya mendapatkan RM1500.00 hingga RM2500.00 seminggu. Rate bayaran adalah berbeza mengikut waktu-waktu tertentu. Jika anda memandu ketika waktu puncak dan permintaan tinggi, bayaran lebih tinggi diberikan. Lebih banyak trip anda mampu laksanakan lebih tinggi pendapatan anda :)
PANDU DI KAWASAN YANG MASYUKKK!
Tidak semestinya memandu di kawasan padat seperti Klang atau shah alam tidak mampu memberikan lebih trip dan wang kepada anda. Tetapi, jika anda mahukan dapatkan trip dan wang yang lebih, pandulah dikawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti dibawah.
Lembah Klang
Petaling Jaya,
Bandar Utama, Damansara dan TTDI
Mont Kiara dan Hartamas
Universiti Malaya
Tropicana City Mall
Taman Perniagaan Eastin & Phileo
Kompleks Membeli-belah Atria
Citta Mall
1 Utama
The Curve
Plaza Damansara
Damansara Uptown
SYARAT DAN KEPERLUAN KERETA UBER
Tak perlu SPM mahupun PMR. Sesiapa sahaja layak untuk menjadi seorang pemandu Uber jika memenuhi syarat-syarat dibawah:
1. Berusia 21 tahun ke atas dengan lesen memandu kereta kompeten.
2. Memiliki sebuah kereta yang berusia kurang daripada <8 tahun.
3. Polisi insurans kereta di bawah nama yang sama seperti pemohon. Jika anda memandu kereta keluarga anda, pastikan bahawa nama anda juga ada di bawah polisi insurans.
Uber sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas pemandu Uber. Sebarang rekod jenayah lampau, rekod memandu yang buruk dan saman tertunggak boleh menyebabkan anda digantung dari memandu Uber.
NASIHAT KAMI
Jangan berbual mengenai politik, agama atau topik kontroversi dengan penumpang/rider anda. Cuba elakkan topik-topik tidak perlu dan menukar perbualan ke dalam sesuatu yang lebih baik. Pastikan anda sentiasa dalam keadaan kemas untuk mudah mendapat rating yang tinggi dari rider / penumpang.
Pastikan kereta anda sentiasa kelihatan bersih luar dalam dan dalam keadaan terbaik. Jaga kesopanan dan kesusilaan semasa memandu dan anggaplah anda sedang membawa seorang Perdana Menteri dan Isterinya di dalam kereta :p

Jangan lupa letak wangian yang menyegarkan ye!
MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER
Pendaftaran sebagai pemandu Uber amat mudah sekali. Hanya perlu mendaftar secara Online sahaja.
Klik sini DAFTAR PERCUMA dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.
Anda juga boleh mendaftar dengan Whatsapp "Uber On" kepada kami di +6016-5115481. Pihak kami selaku Uber Partner boleh mendaftarkan mereka yang berminat untuk menjadi Pemandu Uber.
Seterusnya anda boleh muat turun Aplikasi Uber Partner di App Store IOS atau Play Store untuk platform Android. Aplikasi ini merupakan rakan baik anda ketika menjadi Pemandu Uber. UberON!

No comments